سورةالانشراح {٩٤} 94. ASY-SYARH
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ {١} 1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ {٢} 2. Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ {٣} 3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ {٤} 4. Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا {٥} 5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا {٦} 6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ {٧} 7. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ {٨} 8. Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Al-Qur'an Today @2006