سورةالبلد {٩٠} 90. AL-BALAD
لَا أُقْسِمُ بِهَٰذَا الْبَلَدِ {١} 1. Aku bersumpah dengan negeri (Mekah) ini;
وَأَنْتَ حِلٌّ بِهَٰذَا الْبَلَدِ {٢} 2. Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ {٣} 3. Demi manusia yang melahirkan zuriat dan zuriat yang dilahirkannya;
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ {٤} 4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
أَيَحْسَبُ أَنْ لَنْ يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ {٥} 5. Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُبَدًا {٦} 6. Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut dia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
أَيَحْسَبُ أَنْ لَمْ يَرَهُ أَحَدٌ {٧} 7. Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
أَلَمْ نَجْعَلْ لَهُ عَيْنَيْنِ {٨} 8. (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: Dua mata (untuk dia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?)
وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ {٩} 9. Dan lidah serta dua bibir (untuk dia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ {١٠} 10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ {١١} 11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ {١٢} 12. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
فَكُّ رَقَبَةٍ {١٣} 13. (Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi;
أَوْ إِطْعَامٌ فِي يَوْمٍ ذِي مَسْغَبَةٍ {١٤} 14. Atau memberi makan pada hari kelaparan -
يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ {١٥} 15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ {١٦} 16. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
ثُمَّ كَانَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةِ {١٧} 17. Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ {١٨} 18. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا هُمْ أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ {١٩} 19. Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
عَلَيْهِمْ نَارٌ مُؤْصَدَةٌ {٢٠} 20. Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
Al-Qur'an Today @2006