سورةالتكاثر {١٠٢} 102. AT-TAKAATHUR
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ {١} 1. Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ {٢} 2. Sehingga kamu masuk kubur.
كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ {٣} 3. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
ثُمَّ كَلَّا سَوْفَ تَعْلَمُونَ {٤} 4. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ {٥} 5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ {٦} 6. (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang.
ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ {٧} 7. Selepas itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ {٨} 8. Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Al-Qur'an Today @2006